Sep 12, 2015

Air Terjun Lata Medang + (Gunung) Bukit Kutu


Sabtu, 5 September 2015.

In front of our new headquarter

Setelah sekian lama plan untuk hiking Gunung Chabang, akhirnya dapat jugak satu hujung minggu yang tak busy untuk kumpulkan semua orang dan hiking sama-sama. Malangnya, bila dah sampai Pos Slim di Simpang Pulai, Tok Batin pulak tak bagi teruskan. Alasannya sebab ada orang tengah buat empangan dan dia taknak kitorang kotorkan sumber air kampung dia.

Ok fine.

Takkan nak patah balik rumah menangis kecewa dalam selimut kan? Selepas menapis cadangan yang tak masuk akal seperti Gunung Datuk, Gunung Baling Gunung Bromo, Gunung Kinabalu dan segala tok nenek gunung, akhirnya dari Pos Slim tu kami terus shoot ke Kuala Kubu Bharu untuk camping di Lata Medang.


Lata Medang

Kami pilih Lata Medang sebab itu je yang paling dekat (lebih kurang 1 jam 30 minit). Lagipun masa tu dah lebih kurang pukul 11 pagi, agak lambat jugak untuk teruskan hiking mana-mana gunung. Dan daripada niat asal nak hiking, kami tukar mind set untuk relax-relax sahaja. Tapi takde lah relax mana pun hahaha semput pulak sebab tak fit. Boleh tahan jauh jugak lah nak trekking untuk ke Lata Medang. I was among the people who was leading, and it took us around 1 hour and 30 minutes to reach the campsite.

Please note that there will be 2 junctions.
1st junction: GO LEFT (right will lead you to Bukit Kutu)
2nd junction: GO RIGHT (left will lead you to Lata Makau)

Lata Medang ni ada banyak-banyak tingkat, macam biasalah, sama seperti mana-mana lata yang lain. So pilih la nak mandi dan camping kat tingkat yang mana. You can even go for a daytrip, pack light, bawa tuala sehelai (and of course some snacks and drink) pun dah cukup. Tapi since kami ni plan asalnya nak naik Gunung Chabang yang berketinggian 1711 meter, tu dia bag hiking 65L penuh dengan makanan dan sweater yang tebal. Siap ada orang tegur tanya kami ni tengah buat trans ke? Kahkahkah. Kami bab makanan memang mewah sikit, tak bawak baju takpe asalkan bawak makanan.We had tomyam ayam for dinner and fried macaroni for breakfast the next day.

Plan kami adalah bermalam di Lata Medang dan bangun pukul 4 pagi esoknya untuk hiking Bukit Kutu dan sampai on time for sunrise dan semestinya pada hari kejadian, takde siapa pun bangun pukul 4 pagi. Paling awal bangun pun pukul 6.30. Panaskan breakfast yang dah dimasak malam sebelumnya, packing, dan perjalanan dimulakan lebih kurang pukul 8 pagi. Perjalanan turun untuk aku dan Faiz ambil masa dalam 1 jam sebab dengan seronok dan penuh tenaganya kami berlumba dengan berlari the whole track sampai ke bawah.

Height: 902 ft./ 275 m
Trek difficulty: 3/10
Time taken: Going up-1 hour and 30 minutes, Going down-1 hour

in front of one of the waterfalls with Syed
After dinner


(Gunung) Bukit Kutu

Sebenarnya trip ni adalah agak gila dan sangat memenatkan dan tidak digalakkan unless you have lots of food and drinks left after an overnight camp at Lata Medang.

Kenapa?

Sebab pukul 8 pagi tu kami turun ke starting point (car park) untuk letak bag yang gedabak tu dalam kereta, dan naik atas semula hingga sampai ke simpang yang pertama (Lata Medang-Bukit Kutu) untuk ke Bukit Kutu.

Trekking dan hiking ke Bukit Kutu ambil masa dalam 3 jam kalau anda-anda semua fit. Since i drained all my energy by running while trekking down from Lata Medang, it took me around 4 hours to reach the summit. Itu pun setiap 10 minit berjalan aku berhenti, pandang Faiz dan hampir menangis ajak beliau patah balik. Tapi bila fikir-fikir balik, bila je nak datang KKB lagi untuk daypack panjat Bukit Kutu semata-mata, aku gagahkan kaki ku untuk melangkah.

Sebenarnya trip-trip macam ni kau tak boleh nak main redah je. Kena ada proper planning. Kalau tak, mesti ada benda yang serba tak kena. Contohnya, katakan trip ke Gunung Chabang jadi, kami akan mula turun paling lewat pukul 9 pagi dan sampai kaki gunung lebih kurang sebelum tengah hari. Berjalan ke car park, start enjin kereta dan cari mana-mana gerai untuk makan tengah hari dan balik ke rumah.

Tapi untuk situasi ni, kami turun dari Lata Medang dan naik pulak ke Bukit Kutu tanpa makanan tengah hari jeng jeng jeng. Berbekalkan roti gardenia krim sorang sebungkus, dua botol kecil 100plus, setengah water bladder (1L) untuk dikongsi berdua (dan juga untuk di pau oleh member yang lain), Alhamdulillah selamat jugak sampai ke puncak Bukit Kutu!

Lebih kurang lepas 1 jam 30 minit pertama, akan jumpa batu-batu yang sangat besar bertingkat-tingkat dipanggil Batu Tedung. Jangan excited, perjalanan anda masih lagi jauh. Kawasan Batu Tedung ni sangat cantik, boleh la ambil gambar banyak-banyak kat sini tapi hati-hati, banyak lebah! Make sure pakai insect repellant ya!

Teruskan perjalanan lebih kurang 45 minit sampai jumpa papan tanda "Last water point". Kalau kat situ anda berselisih dengan orang yang turun lepastu dia cakap 'Dah tak jauh dah ni dik, teruskan naik.', don't freaking believe them. It takes around another 1 hour from the last water point to reach the summit.

Bukit Kutu ni sebenarnya sebuah gunung (classified according to its height: 3576 ft/ 1090 m). Tapi tak tahu lah sejarah silam dia macam mana dan kenapa dipanggil bukit. Puncak Bukit Kutu ni agak sempit. Tapi anda boleh ke bawah sedikit melepak di banglo (mansion) tinggalan. Di puncak bukit kutu ni, ada 3 tingkat batu besar. Setiap batu dihubungkan dengan tangga-tangga besi. Hati-hati ya naik. Tinggi memang tinggi. Yang tak gayat pun boleh jadi gayat, lemah lutut, angin ahmar semua ada.

Fear is not a factor because these are the things that you'd do for a selfie hahaha.

Peringatan:
Jangan lah ambil masa yang lama untuk selfie sorang-sorang kat atas tu sebab ramai lagi orang yang beratur di belakang awak, dan di bawah. Please be considerate ya :)

Height: 3576 ft./ 1090 m
Trek difficulty: 6/10
Time taken: Going up- 3 to 4 hours, Going down-2 to 3 hours

Batu Tedung
Batu Tedung

on the first boulder
on the second boulder
view from above
on the first boulder

No comments: